Sunday

Halatuju Selepas SPM/O-Levels



Ramai lepasan SPM masih buntu membezakan antara Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma dan Sijil Kemahiran. Sini nak kabo.


Asasi – Jika rasa anda boleh catch-up silibus dengan cepat dan pandai uruskan masa antara belajar dan bermain, go ahead. Asasi suits you well. Program asasi adalah selama 1-1.5 tahun, ikut university pilihan. Selepas habis asasi, boleh terus masuk Ijazah di university yang sama. For instance, pelajar Asasi Ekonomi dan Pengurusan di UIA boleh menyambung pengajian dalam Ijazah di UIA (Accounting, Economics, etc). Tak perlu isi UPU dah unless kalau nak tukar university for degree (rare cases). Untuk Asasi UiTM, korang kena apply UPU untuk masuk UPU. Keburukan asasi ialah, jika anda tak dapat catch up the silibus and dapat CGPA tak berapa memuaskan for the whole asasi, kemungkinan besar anda akan dapat ijazah lelong. Ijazah lelong ni maknanya, dapat ijazah yang bukan bidang yang sama dalam asasi. Kalau tak nak ijazah lelong, repeat balik macam budak SPM. Jika failed asasi, sijil anda tak laku, kena repeat balik (masuk Diploma/STPM). Rugi setahun atau 1.5 tahun anda. Jika anda fast-learner ataupun your time management is quite good, then I recommend you to take Asasi.

Matrikulasi – Matrikulasi sama sahaja konsep seperti Asasi. Cumanya,  semua lepasan Matrikulasi untuk menyambung ijazah kena apply through UPU. Matrikulasi mempunyai program untuk 1 tahun dan 2 tahun. Program 2 tahun hanya untuk aliran Sains sahaja. Kebiasaannya program 2 tahun diberikan kepada calon rayuan, Untuk aliran Akaun, kalau nak ijazah Accounting, wajib score CGPA4.00 untuk mendapat tempat di IPTA. Kalau IPTS, minimum requirement untuk Degree in Accountancy ialah CGPA2.50. Lepasan matrikulasi dan asasi boleh apply untuk menyambung pengajian di luar negara (saya ada explain cara-cara untuk menyambung pengajian ke luar negara di dalam entry lain).

STPM dan STAM – Kedua-duanya belajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar selepas SPM dah tak nak masuk sekolah, and they tend to choose other than STPM dan STAM. Untuk makluman, STPM is equivalents to A-Level. Tahap kesusahan adalah slightly sama. Marking grades jarang "jatuh". Untuk pelajar yang bercita-cita untuk menyambung pengajian di tanah Arab, selepas SPM boleh sambung STAM. Lepasan STPM juga boleh untuk belajar di luar negara, make sure CGPA3.50 dan ke atas untuk apply sponsorship (visit afterschool.my). Intake for UK dan US adalah pada bulan September,intake for Australia pada bulan February. Jika kita bandingkan kualiti antara STPM dan Matrikulasi, personally saya akan pilih STPM. Range of grade for STPM jarang jatuh, jadi kualiti itu terjaga; salah satu sebab kenapa STPM recognised worldwide. Korang nak pergi Canada guna STPM pun boleh, as long as CGPA kena ok. Masa STPM korang dibiasakan dengan assignment, researches dan stuff jadi bila masuk ijazah nanti anda ada fundamental yang kukuh. Taklah terkebil-kebil bila first time masuk degree kena buat assignment dah. Untuk keburukan STPM, pembelajaran di sekolah. Ramai tak nak. But quality of the STPM is really impressive.

Diploma – Jangka waktu belajar untuk diploma selalunya antara 2 – 3 tahun, depends kepada course dan university. Diploma ni sedikit rileks dan tak compact macam Asasi dan Matrikulasi. Anda belajar tak terlalu cepat, dan tak terlalu lambat. So-so. Kalau anda rasa anda lambat pick-up sedikit belajar, ambil Diploma. Ramai time Diploma boleh score CGPA3.5 ke atas walaupun time SPM dahulu kurang memuaskan. But still, ada orang yang kecundang dalam Diploma sebab rileks over sangat. Natang. Masa pengajian Diploma pun, korang akan dibiasakan dengan assignment, researches & stuff. Jadi tiada masalah kalau masuk Degree nanti. Biar lambat asal selamat.

Sijil Kemahiran – Tak semua orang mahir atas kertas & tak semua orang mahir dalam kemahiran. Nowadays, kemahiran sangat demand dalam pasaran kerja. Kerana graduan university sekarang keluar universiti with zero experiences. Mungkin ada ramai yang pandang serong sebab nama “Sijil” tapi “Sijil” yang korang tak pandang inilah yang paling bernilai sekarang. Dengan “Sijil” ini anda dapat buka business sendiri, buka butik sendiri, buka kedai kek sendiri, buka bengkel sendiri. Kerja sendiri ni lebih best dari kerja makan gaji (kerja bawah orang). Kalau anda buka kedai sendiri dengan marketing dan management yang bagus, saya jamin gaji anda boleh mengalahkan gaji orang yang makan gaji. Lepas SPM kalau dah tak minat belajar teori, ambil kursus kemahiran. Habis sahaja kursus kemahiran, buka business. MARA anda berikan pinjaman usahawan kepada usahawan muda untuk buka business, boleh apply. Sijil kemahiran ni anda boleh ambil di Giat MARA, Kolej Komuniti dan sebagainya.

Ingat, belajar dalam apa bidang pun pasti berjaya. Hanya perlu berusaha. Masuk ke universiti bukan bukti anda berjaya. If you can survive the reality of life, then you are succeed. Kalau anda nak jadi Direktor/Pengarah Filem, Pakar Animasi, Baker, Mekanik and others, just proceed with your ambition. Tiada siapa boleh halang cita-cita anda.

Untuk pelajar lepasan SPM, saya syorkan survey course anda di IPTA dan IPTS. Bukan setakat di IPTA sahaja, IPTS ada program yang lebih popular dari di IPTA. Untuk ke IPTS, jangan risau pasal yuran/elaun sebab ada pinjaman MARA bagi  yang layak (tengok pendapatan keluarga). For IPTA, try to avoid ambil PTPTN cuba pilih pinjaman pelajaran lain seperti pinjaman JPA. Do visit here for sponsorship, education loan dan study grants.


Lukman Hakim Khiruddin is currently devoting his work as an accounting freelancer and education consultant, based in Kuala Lumpur. He started to active on consultancy services since 2014, through social media to assist school and university leavers.

44 comments:

  1. Thanks for the info.... Anak akk SPM 2014 mmg tak pasti arah tujuan ke mana coz result belum dpt.... if keputusan suam2 kuku tapi still nak belajar agak2 ke mana arah yang lebih bagus dituju.... yg nmpk skrg Uitm aje la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome kak. Kak juga boleh cuba apply kemasukan untuk anak akak ke IPTS (UniKL, KPTM, Taylor's, KDU College, Sunway University), pinjaman pelajaran boleh apply MARA. Insha-Allah, MARA akan tanggung fees, allowances, accommodation fees & lain-lain.

      Delete
    2. Salam bro, akak, Kolej Profesional MARA memang bagus sebab yuran pengajian free,yuran asrama free (1 tahun) dapat duit elaun lagi setiap bulan RM300 sampai habis belajar Diploma. Environment kampus n asrama pun cantik n sesuai untuk belajar

      Delete
  2. Salam nak tanye kalau ambik bidang law syariah ni peluang keje dia camne ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. more to macam you will handle kes-kes nikah (Cerai/Talak/etc) and hak penjagaan anak, for instance.

      Delete
  3. kalau lepasan spm macam saya ni , kira boleh pilih antara matriks , diploma atau asasi la ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, awak boleh apply mana-mana yang meet your own requirement

      Delete
  4. kalau sambung dengan diploma, nanti masa degree kalau dapat pointer baik, boleh study overseas tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas diploma, kalau pointer awak first class (CGPA3.5 dan ke atas) awak boleh sambung Ijazah/Degree di luar negara. Tak pun, selepas Ijazah/Degree, awak boleh sambung Master di oversea (at least CGPA3.0)

      Delete
  5. Tq bagi info...abg saye nk tanye saye ni lpsan spm..saye dak pure sains..result saye xbpe bagus..lagi2 dlm bio n fizik..upu saye amik akaun..pe pendapat abg...n camane saye nk apply biasiswa atau mara..ade peluang lagi ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau awak dapat UPU kos yang awak nak, proceed with that. Second semester, apply biasiswa seperti Tun Rahah Scholarship, ECM Libra, JPA Pinjaman Dalam Negara ataupun Yayasan Daya Diri

      Delete
  6. tq for the info. kalau nk masuk taylor sunway semua tu boleh ke buat pinjaman dgn mara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, boleh. Cuma, untuk peringkat asasi/foundation di kolej swasta MARA tak cover. MARA only cover diploma/ijazah/master

      Delete
    2. Nak tanya kalau ambil asasi di uitm boleh ke pergi ke luar negara?

      Delete
  7. Saya dapat tawaran ke asasi dan matriks tapi saya buntu nak pilih yang mana. Awak rasa mana yang saya patut pergi? Saya kalau boleh boleh nak sambung degree di luar negara .

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepasan asasi (UIA) boleh apply untuk smbung deg luar negara ke ?

      Delete
  8. salam saya nak tanya . boleh ke dengan result asasi sains nak sambung study oversea ?

    ReplyDelete
  9. paling laku skg sijil dari IKM

    hot demand!!
    penuh gila2 bila apply asik xdpt je

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.. akak nak tanya kalau student dari international school with o level boleh tak masuk ipta or ipts dalam malaysia

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..... saya nak tanya, lepasan stpm boleh sambung pelajaran
    ke timur tengah ke

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum..... saya nak tanya, lepasan stpm boleh sambung pelajaran
    ke timur tengah ke

    ReplyDelete
  13. Salam, kalau SPM leavers nak apply asasi di UIA kena pandai bahasa Arab ke? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tak perlu pandai bahasa Arab.

      Nanti akan ada Arabic placement test bila dah masuk asasi UIA. Jika tak terer, takde masalah. Isikan nama dan hantar kertas soalan tu terus tanpa isi apa-apa.

      Kalau boleh jawab, silalah jawab. :)

      Lepas tu, akan belajar bahasa Arab di asasi UIA, ada Level 1 dan Level 2. Kena lepas Level 1 dulu, baru masuk ke Level 2. Jangan risau, bahasa Arab di asasi, bagi saya agak mudah. InshaAllah, senang je nak lepas. Janji kena belajarlah ye.


      Lepasan UIAM Kuantan 2015.

      Delete
    2. Ohhh begitu. Terima kasih! :D

      Delete
    3. Nanti sambung degree pun kena belajar bahasa Arab ke?

      Delete
  14. Salam,sye brcdang nak ambik kos perubataan tp sbjek kimia sye sangkut sbb dpt D, ada peluang tak nak teruskan permohonan upu tu?

    ReplyDelete
  15. Salam..saya nak tanye matrikulasi saya dah tersilap memilih jurusan saya..tapi nk ubah dah tak boleh..ape yg sepatutnya saya buat..

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Salam.. result saya BM D tapi yg lain okay, agak susah nk mohon uitm. Pendapat you, Repeat paper bm or masuk pra U or pilih selain dari uitm.. ����

    ReplyDelete
  18. Salam , saya pure sains student n i got only 4A in spm , subjek sain n BI saya semua B+ agak2 kalau saya minx asasi uia , peluang saya nk dapt ade x , contohnya asasi sains kesihatan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Boleh rujuk di sini, very detailed explanation on IIUM foundation (asasi UIAM).

      http://duniakita94.blogspot.my/2015/03/syarat-kelayakkan-ke-pusat-asasi-uiam.html

      Delete
  19. Salam, result saya 2a je sej and bm lain credit but bio physics I got D... mmg tkde hrpan nak dpt matrik ke? And kalau nak apply interior designer tu kena apply archi ke? Boleh ke dgn result saya yg mcm ni? Hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. interior design di uitm awak lepas

      Delete
  20. Assalamualaikum..result spm sy teruk..dpt 3A Jer..seriously addmath sy fail kot... Chem sy plak D..sy memang dah tak minat ambik sn.. Sebabnya math memang x suka dy Dr azali...so..boleh you tolong suggest haluan hidup insane lemah spt sy ni..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun lepasan spm 2015 jgak result saya x sebaik awak tapi klau boleh jgn putus asa sbb ada bnyak lagi peluang awak bleh dpat kalau awak mohon ipta/ipts bleh je aslkan requirement awk lepas dgn syarat yg u nak... jgn bersedih bnyak lagi bnda awak bleh buat

      Delete
  21. kalau lepas matriks or form 6 tu nak sambung oversea macam mana?

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum , nak tanya ni . result spm saya tak la bagus mana cuma dapat 2A (math , bm ) 2A-(sej , pi) ,2B+(kimia , tek.kejuruteraan ) ,1B (bi ) , 2C(fizik,addmth) dan D(lukisan kejuruteraan ) . saya dah memohon matrikulasi. adakah saya layak diterima ke matrikulasi?

    ReplyDelete
  23. yg penting jangan demand yg bukan2 ,, untuk fresh grad nih klau zero exp x yah nk ngada acah2 bijak dlm company. baik lagi budak sijil .
    lagi 1 zaman skrg kebanyakkan nya , guna cable. 2.0 CGPA pon dpt masuk oil n gas IT officer . jadi conclusion nya , terima la mana2 syarikat walaupon gaji x seberapa untuk cari pengalaman, after that dah dpt pengalaman boleh demand kat company lain;)

    ReplyDelete
  24. yg penting jangan demand yg bukan2 ,, untuk fresh grad nih klau zero exp x yah nk ngada acah2 bijak dlm company. baik lagi budak sijil .
    lagi 1 zaman skrg kebanyakkan nya , guna cable. 2.0 CGPA pon dpt masuk oil n gas IT officer . jadi conclusion nya , terima la mana2 syarikat walaupon gaji x seberapa untuk cari pengalaman, after that dah dpt pengalaman boleh demand kat company lain;)

    ReplyDelete
  25. Menyesalnya saya masa stpm tx dpt buat betul*2 untuk dptkan cgpa 3.5.. Tx tahu pulak saya boleh pergi luar negara. Kawan saya pelajar cina dpt 3.8 pointer.. Beruntungnya dia usaha.. Lagipun dulu saya ada kecelaruan identiti.. Cita*2 pun saya tx tahu nak jadi,asalkan saya belajar.. Haihh bertapa ruginya saya ya Allah..

    ReplyDelete
  26. salam kalau pinjaman MARA boleh ke untuk lepasan STPM utk ke overseas?

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum bro, nak tanya if dapat upu mechanical eng dekat uitm but then nak mintak tukar ke asasi law uitm boleh ke ?

    ReplyDelete

Invitation or Collaboration?

Contact Me
Lukman Khiruddin
+6017 472 2590
Kuala Lumpur, Malaysia

thank you.